kepada kawan-kawan seperjuangan ku,
tidak sangka cepat sungguh masa berlalu..
hari-hari ulang alik mendaki bukit dari FSU ke FKP,
hari-hari bangun pagi g kelas,
hari-hari balik lambat, sampaikan kita wat keje part time sebagai wartawan untuk menghasilkan USIM TODAY..
Sem ni kita jaulah ke Melaka dan Selangor serta lawatan integriti ke BPR..
Assingment kita pun banyak, campur subjek Arab+Jounalist= Tension huhuhuhuhuh
Sem ni macam-macam yg kita lakukan, dapat pengalaman baru dan melancong bersama..
Semua itu mematangkan kita dan akan menjadi memori hits satu hari untuk perbualan masa depan kita..
21hb ni PEPERIKSAAN Sem 5 akan bermula, semoga kita dapat menjawab soalan dengan baik dan akan mendapat keputusan cemerlang..
All the Best!!!!

Nilai- Kejayaan The Bachelors memenangi tempat ketiga Fiesta Muzika MAKUM 2008 pada 14 dan 15 Mac lalu di UNIMAP, Perlis merupakan sesuatu keputusan di luar jangkaaan.
“Kami amat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga,” begitulah luahan gembira ketua band USIM, The Bachelors, Hafizullah Shamsuddin, 25.
Tambah beliau lagi walaupun masih baru dalam bidang ini, mereka telah mencuba sedaya upaya unyuk memberi saingan kepada band-band lain.
“The Bachelor bukanlah pasukan ramalan untuk masuk ke peringkat akhir namun keputusan ini memeranjatkan banyak pihak terutama band-band senior daripada IPTA yang lain.
Menurut Rohaya Malek, 22, beliau amat terharu dengan kemenangan yang tidak terduga ini. “Bukan senang untuk bermain dalam sebuah band. Keseragaman muzik amat dititikbertakan agar muzik yang dialunkan selari dengan tempo lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi.”
“Setiap pemain alat muzik memainkan peranan penting walaupun hanya bermain rebana sahaja,” kata seorang ahli band, Khairul Hazwani Ahmad Tabrani, 22.
The Bachelor yang terdiri daripada 14 ahli mempertaruhkan alunan muzik traditional kontemporari untuk lagu Nazam Berkasih yang dinyanyikan oleh Norsiah, lagu irama padang pasir Ellayali oleh Zakiahtun Nafsiah dan juga alunan muzik instrumental lagu Mustika.
Johan pertandingan disandang oleh Okestra daripada UTEM dan naib johan dimenangi oleh Ensembel daripada USM.
Fiesta Muzik MAKUM 2008 keseluruhanya mendapat penyertaan 18 buah IPTA tempatan. Ini mennujukkan mahasiswa IPTA memberi komitmen menggalakkan dalam bidang seni muzik yang bertemakan muzik menyemarakkan perpaduan bangsa.

Apa masalah yang sebenarnya?
Antara Tun Mahathir dan Pak Lah
Apakah perkara dan isu yang menyebabkan Tun Mahathir mula mengkritik kerajaan pimpinan Pak Lah?
Apabila bekas PM mencampuri urusan Negara setelah bersara, tentu ia agak memeranjatkan. Padahal Tun sendiri sudah berjanji tidak mahu campur urusan kerajaan. Mesti ada sesuatu yang cukup besar menyebabkan dia sanggup melanggar janji.
Walaubagaimana pun perbuatan bekas PM menyuarakan rasa tidak puas hati bukan sesuatu yang baru, kerana sebelum ini YM Tunku Abdul Rahman juga pernah menyuarakan rasa tidak senang dengan Tun Mahathir di dalam beberapa bukunya dan kemudian menyertai parti Semangat 46 untuk sama-sama menentang Tun Mahathir.
Kini giliran Tun Mahathir pula membuat kritikan yang lebih tajam dan terbuka terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai.
Jika dikutip satu persatu dan di susun, jelaslah perkara-perkara yang Tun Mahathir tidak puas hati memang banyak, antaranya:
- Perlantikan beberapa muka baru menerajuo NST, Kalimullah Hassan dan Brendan Pereira dan mahukan pengaranag Melayu kembali menerajui akhbar itu.
- Penggabunagn ECM Libra dengan Avenue Asset, Kalimullah sebagai Pengerusi Eksekutif dan Khairy sebagai pengarah ECM Libra, sementara Avenue Asset Capital pula syariakt yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan.
- Pembatalan jambatan bengkok
- Penjualan Syarikat Agusta
- Pengagihan AP
- Pemecatan Tengku Mahalel dari Proton
- Tentang bagaimana pemberian kontark kepada Syarikat Scomi yang diterajui oleh anak Pak Lah
- Kes Rasuah: Tun ada menyebut terdapat satu kes rasuah yang beliau sudah minta pendakwaan dijalankan sebelum dia bersara dulu.
- Menantu yang mempengaruhi Pak Lah
- Ada syarikat yang nak jual pasir.
- Tun ada berkata Pak Lah ada mungkir janjinya kepada Tun
- Penangguhan landasan kereta berkembar.
- Tun Mahathir mendakwa Pak Lah terlibat dalam skandal.
Tun Mahathir tidak sokong Islam Hadhari
Dr Mahathir secara terbuka baliau tidak setuju denganya. Baginya ‘Islam Asas’ mengikut Al Quran dan Hadith sejak zaman Nabi Muhammad SAW adalah yang sempurna.
Setelah dikenal pasti sebanyak 13 perkara utama yang menjadi menu kecaman dan kritikan tun Mahathir, termasuk tidak menyokong Islam Hadhari, apakah sebenarnya ya g Tun mahu sekarang?
Tun kata dia mahu supaya dibetulakan benda yang tak betul…janganlah kata saya jangan kritik…pasal saya dah bekas…bulan lagi Perdana Menteri…senyap saja sudahlah.
Apakah krisis ini hanya satu perbezaan pendapat dengan Pak Lah?
Dr Mahathir: ini adalah soal isu…bukan soal saya pergi jumpa dia dan berjabat tangan dan semuanya selesai…ini soal isu…isu mesti diatasi…
(Sumber; Azizan Ahmad)
***Semoga kepimpinan Pak Lah sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang…
Selamat berjuang Pak Lah!!!

Kira-kira 20 tahun yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan tindakan penulis novel Salman Ruhsdie yang menghasilkan Satanic Verses. Ia dianggap penghinaan terhadap agama Islam kerana melibatkan Nabi Muhammad s.a.w.
Berikutan itu, umat Islam melancarkan protes dan pada tahun 1989, pemimpin Iran mengeluarkan fatwa menghalalkan Salman dibunuh. Peristiwa Satanic Verses tidak berakhir di situ saja.
Pada September 2004, akhbar utama Denmark, Jyllands Posten menyiarkan 12 karikatur menghina Rasulullah dan mengaitkan Islam dengan keganasan.
Walaupun perbuatan menghina Islam itu mendapat tentangan hebat daripada uamat Islam di seluruh dunia, pihak-[ihak yang berniat memburukkan agama itu tidak pernah menghentikan perbuatan mereka.
Terbaru, seorang ahli politik Belanda, Gerent Wilders menghasilkan filem pendek berjudul, Fitna. Filem ini mendapat tentangan keras daripada umat Islam dan ia dianggap haram ditonton oleh umat Islam.
Berterusan
Persoalanya, kenapakah dari semasa ke semasa penghinaan terhadap Islam berterusan? Apakah kerana 11 September? Atau pihak-pihak menganggap menghina agama lain adalah satu kebebasan atau bahan gurauan?
Hakikatnya, peristiwa melibatkan Salman Rushdie, Geert Wilders atau kebiadaban akhbar Jyllands Posten hanya sebahagaian daripada rentetan perbuatan menghina Islam oleh pihak-pihak tertentu di Eropah dan Barat.
Semua itu berlaku kerana mereka begitu yakin umat Islam yang berjumlah 103 billion dimuka bumi ini, hanya mampu berteriak dijalanan atau mengadakan demonstari di hadapan kedutaan, paling maksimum mengancam membunuh individu yang melakukan penghinaan itu.
Tetapi sehingga hari ini Salman Rushdie masih hidup, Geert Wilders masih bebas dan akhbar Jyllands Postern masih beroperasi seperti biasa. Bagi negara-negara terlibat, mereka tidak berhak menghalang penghinaan itu kerana ia dianggap kebebasan.
Justeru usaha umat Islam untuk melakukan protes, bantahan atau apa sahaja bagi meluahkan perasaan mereka hanyalah sekadar untuk melepaskan geram, tidak lebih dari itu.
Malahan pihak-pihak yang terlibat begitu yakin, umat Islam biarpun mempunyai jumlah yang begitu ramai atau kuasa yang begitu besar hanya dapat melahirkan suara bantahan sahaja.
Jumlah 1.3 billion umat Islam dan sebahagian besar negara anggota Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) adalah negara kaya tidak pernah menekutkan penghina-penghina Islam ini.
OIC dilihat lebih banyak memberikan amaran dan mengemukakan nota bantahan, untuk mengharapkan negara-negara Islam mencapai kata sepakat untuk memboikot negara yang terlibat sebagai pengajaran bagaikan siang hari yang mengasyikkan.
Apa yang lebih malang, di Malaysia sendiri berapa kali kesabaran umat Islam dicabar, sebagai contoh pada tahun 2001, majalah Time menyiarkan artikel dan karikatur Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail. Majalah Time tidak dikenakan tindakan kerana memohon maaf.
Walaupun dalam peristiwa karikatur Nabi Muhamad, sebuah akhbar di Sarawak dikenakan tindakan tegas, namun ia masih belum memuaskan hati umat Islam kerana ada pihak yang terlepas.
Begitu juga pada tahun 2005, apabila Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat laporan polis terhadap komik Funny Jokes dari India yang menghina agama Islam.
Sengaja
Penghinaan terhadap Islam terus berlaku dari semasa ke semasa samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Dalam kes filem Fitna contohnya, Indonesia dilihat negara paling tegas bertindak apabila mengharamkan filem dan melarang Geert Wilders memasuki negara republik itu.
Tetapi semua itu tidak pernah memberi kesedaran kepada penghina Islam untuk menghentikan perbuatan biadap mereka. Dalam kes karikatur menghina Nabi Muhammad, bukan sahaja tiada tindakan tegas diambil ke atas pelukisnya Kurt Westergaard, malahan pelukis itu denagn lantang berkata,” dengan kartun ini, saya ingin menunjukkan bagaimana fanatiknya Islam fundemantel atau pengganas menggunakan agama sebagai senjata spritual,”
Kes-kes Satanic Verses, Fitna dan karikatur Kurt dianggap kes terbesar dalam perbuatan menghina Islam. Sebenarnya terdapat pelbagai kes lain sejak 1990, bagaimana Islam terus menjadi sasaran penghinaan tetapi tidak begitu mnedapat perhatian serius umat Islam di seluruh dunia.
Semua ini terjadi kerana dunia Barat semakin tenggelam dengan erti kebebasan. Bagi mereka kebebasan termasuklah juga mneyatakan apa sahaja biarpun ia menghina agama lain.
Oleh iru selagi umat Islam tidak mencapai kata sepakat di antara mereka dan tidak menggunakan kekuatan 1.3 billion jumlahnya selagi itu Islam akan terus diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan.
Kita tidak harus terkejut jika selepas ini akan berlaku lagi penghinaan terhadap Islam kerana setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang takut kepada negara dan umat Islam.
Sebagai contoh, ketika isu filem Fitna masih belum reda, tanah perkuburan Islam di Perancis dicemari dengan batu-bati nisan diconteng manakala kepala babi dicampak di situ.
Ia dengan jelas membuktikan, ancaman, bantahan dan kekecewaan umat Islam terhadap penghinaan Islam tidak pernah membimbangkan puak-puak bukan Islam.
Walaupun kita bukanlah menggalakkan keganasan namun umat Islamdi seluruh dunia hakikatnya mempunyai pendekatan yang boleh digunakan bagi memberi pengajaran kepada negara-negara yang membenarkan Islam dihina atas nama kebebasan.
Berikutan kekuatan yang ada dari segi jumlah dan berpuluh negara Islam yang kukuh ekonominya, umat Islamboleh melakukantindak balas dengan memboikot hubungan perdagangan denagn negara-negara yang terlibat.
Ramai yang yakin jika langkah itu berlaku sudah pasti mana-mana negara di dunia tidak akan membiarkan rakyatnya sewenang-wenangnya menghina Islam.
Tetapi malangnya dalam kes filem Fitna, walauoun ada gesaan supaya barangan Belanda diboikot namun ia tidak mendapat sambutan, kesudahanya, isu Fitna, diam begitu sahaja.
Oleh itu, selepas ini jika ada lagi peristiwa menghina Islam, kita akan menyaksikan lagi umat Islam turun ke jalanan kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan, tidak lebih dari itu.
Diharapkan umat Islam tidak goyah dengan hinaan sebegini, tetapi akan senantiasa megah berdiri untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun penentangan secara halus. Allah sentiasa berpihak pada golongan yang benar…

Media alternative seperti laman blog tidak pernah diberi kebebasan mutlak di Negara ini, sebaliknya penulisanya tetap terikat dengan undang-undang yang ditetapkan. Mentei Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tidak ada pihak di Negara ini dibenarkan menulis apa sahaja walaupun hak menulis ada apa orang yang ingin menulis
. “Namun mereka (penulis blog) perlu fakir bahawa hak mempertahankan diri juga ada pada orang lain sekiranya menjadi mangsa cerca atau fitnah. Ini beerti, hak orang lain masih dilindungi,” ujarnya. Ahmad Shabery berkata, akhbar tempatan tetap dianggap lebih mematuhi undang-undang berbanding laman blog kerana editor akhbar didapati lebih takut terhadap tindakan undang-undang.
Sekarang orang menganggap apabila menulis di dalam Internet dan berselindung di sebalik nama samaran, mereka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Bagaimanapun, dengan teknologi yang ada termasuk forensic siber semuanya boleh dikesan. Media tempatan terutamanya media cetak hendaklah membina imej dan kreadibiliti masing-masing bagi mengembalikan keyakinan rakyat agar mereka tidak beralih arah kepada media alternative seperti laman blog. Sekarang masyarakat cenderung untuk lebih skeptical. Meragui dan membaca akhbar secara sinikal, akhbar siapa, siapa yang tulis, milik siapa dan siapa pengarangnya. Ini kerana orang sudah pandai bertanya berbanding dulu
. ***Moral : kepada kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog ini, diharapkan mematuhi undang-undang komunikasi. Jangan mengutuk atau mengkritik sesuka hati walaupun kita dikenali. Nanti buruk padahnya.
hai brads..
Hujung minggu lepas aku dengan kawan2 (FPBU tahun 3) pergi ke Tg Bidara, Melaka bagi Program Pengkayaan Bahasa Arab selama 3 hari. Ini salah satu dari tugasas luar iaitu sebanyak 20% bagi subjek Maharat Tarjamah, Bhs Arab Teknologi dan Kesihatan, Bhs Arab Profesional dan Kemahiran dan Balaghah.
Pengisian program adalah seperti permainan bahasa, debat, create majalah, muqobalah syakhsi (temeduga), tamsil (lakonan) dan ’aktiviti’ bebas(hehehehe).
Program ni dapat memberi pengetahuan yang banyak tentang istilah baru bahasa arab, pengalaman baru dan yang paling best kenangan mandi laut ramai2 hehehehehe.
Petang sabtu kami diberi peluang mandi laut hehehehe.Walaupun mandi laut ni pekara biasa aje, bukan pergi ke angkasa pun tapi kenangan mandi laut bersama kawan2. Itu yang lebih penting.

Kita telah mengetahui keputusan rasmi pilihanraya ke-12. Parti pembangkang menang di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Keputusan di luar jangkaan Ahli Parlimen dan Adun. Saya pun terkejut juga..macam misi mustahil.tapi itulah realiti yang dikehendaki rakyat.
Mengikut analisis yang disiarkan di Buletin Utama semalam, terdapat 5 faktor penyebab kepada ‘kejutan’ ini, iaitu harga barang naik, harga minyak naik, kadar jenayah meningkat, rasuah dan perebutan jawatan kuasa.
Selain itu, kerajaan terlalu memberi tumpuan terhadap Kelantan yang sebelum ini telah diperintah oleh PAS dan kurang memberi ‘perhatian’ di negeri lain. Akhirnya, BN tidak mendapat tempat di 4 negeri lain. Banyak hikmah dan pengajaran ke atas kita yang akan diperintah oleh kerajaan campuran.
Banyak insiden yang berlaku sebelum pilihanraya kali ini. Paling ketara sekali di Marang, Terengganu. Berlaku rusuhan, bas dibaling batu dan kad pengenalan diambil. Kenapa ini terjadi di negara Islam yang aman di Malaysia ini? Mungkin saya adalah salah seorang rakyat yang tak puas hati dengan tindakan penyokong PAS ini. Saya pun melepaskan geram pada kawan saya. Dalam fikiran saya mereka juga sependapat dengan saya, tapi sangkaan meleset. “Ryn, kita tak boleh percaya dengan apa yang disiarkan oleh media.” Saya tersenyap dan mesti ada cerita ‘panas’ disebalik apa yang disiarkan di tv. Kawan saya yang menetap di Marang punya cerita tentang insiden itu. Tapi saya tak sempat nak mengetahuinya memandangkan hari ni kelas penuh lagipun dia letih.
Apapun yang terjadi dan siapa pun yang ‘bersalah’ bagi saya rusuhan tak patut berlaku di negara kita. Setiap masalah yang terjadi ada penyelesaian dan Islam juga tidak menggalakkan rusuhan sebegini. Emmm tapi saya tidak berada di tempat kejadian dan tidak tahu ‘cerita’ sebenar. Bila marah apapun boleh terjadi di luar kewarasan akal kita.
Semoga kerajaan campuran yang dicipta oleh rakyat Malaysia akan menerajui negara dengan aman damai permai dan kurangkan ’5 faktor’ terbesar itu..heheheheheeh…
BN+PAS+DAP+PKR= Malaysia Maju (InsyaAllah)

Just now i have done to donating my litle blood. I felt so happy.
Ryn Hassan / 120208
Pelajar Sekolah Sekarang Ala Hollywood : Berani, Advance dan Over Ekstrem.
“Masalah ini adalah satu isu yang sentiasa bergerak dan dianggap takpe oleh masyarakat hari ini sehinggalah ia semakin menular dikalangan mereka.”(Dr Sapora Sipon, Pensyarah kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan)
Kita sering melaung-laungkan, kita telah merdeka dan bebas daripada dijajah. Namun kalau hanya negara sahaja yang MERDEKA, tetapi masih ada segelintir dari kita yang masih belum memerdekakan diri dengan membiarkan pemikirannya terus dijajah oleh budaya-budaya kuning dari Barat samalah juga seperti kita telah mensia-siakan kemerdekaan yang telah dicapai. Oleh kerana itulah, andai masalah ini terus dibiarkan tanpa ada yang bangkit menyedarkan pihak-pihak tertentu pasti ianya akan bertambah parah. Jadi sebelum generasi-generasi yang akan datang ini terus hanyut wajarlah ada pihak yang membendung permasalahan tersebut. Pada masa sekarang banyak penyakit social yang menjalar di kalangan pelajar sekolah. Antaranya adalah kes buli, penyebaran rakaman lucah, merokok di kalangan pelajar perempuan dan mengambil dadah. Penyakit tersebut hendaklah diambil serius oleh segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa dan hilangkan sifat ‘takpe’ dalam diri masing- masing.
Masalah buli
Kita tentu terkejut dengan kes adik Muhd Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Yang pastinya masalah ini lagi berleluasa sehinggalah ke detik ini Bermacam-macam persoalan timbul yang semuanya memerlukan penyelesian yang konkrit dan segera.
- Kenapakah berlakunya kepincnagan pemikiran pelajar-pelajar ini?
- Dimanakah salahnya pendekatan kita selama ini?
- Tidak adakah suatu mekanisme yang wujud untuk menyalurkan rangsangan emosi negatif pelajar-pelajar ini agar dapat dikurangkan atau digantikan kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan masuk akal?
- Apakah kerana kes-kes yang berlaku ini isolated dan hanya melibatkan segelintir pelajar, maka segala usaha yang dijalankan untuk membanterasnya masih lagi di dalam peringkat perancangan demi perancangan?
- Sampai bilakah berlakunya segala masalah disiplin pelajar-pelajar ini?
Peristiwa-peristiwa seperti bakar sekolah, buli ataupun gengsterisme mempunyai sumber provokasi yang bermula atau tertumpu di masa sekolah itu dan bukannya di rumah pelajar-pelajar. Di sekolah , golongan bermasalah ini akan dijauhi oleh pelajar-pelajar pandai dan juga kerap dikritik serta tidak diambil berat guru-guru. Selain itu pelajar-pelajar ini akan ditempatkan didalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya jufa bermasalah dan mempunyai sikap anti sosial.Penolakan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun ‘deviant cliques’. Dengan adanya geng-geng tersebut lebih mudah menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, membuli, anti-sosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah.
Penyebaran rakaman-rakaman lucah
Penyebaran rakaman-rakaman lucah melibatkan pelajar sekolah di internet bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat kita. Mungkin kita sudah muak dihadapkan dengan isu yang sinonim sahaja, namun bagaimana kita mahu menutup mulut sedangkan mata sentiasa dihadapkan benda yang sama, malah semakin hari semakin menjadi-menjadi. Kalau dulu hanya pekerja kilang dan pelajar IPT sahaja yang terlibat dalam rakaman lucah ini, namun kini segelintir budak-budak sekolah juga sudah semakin ‘advance’ .berpelukan, bercumbu-cumbuan dan melakukan hubungan seks seperti sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka. Begitu mengecewakan apabila melihat budak-budak sekolah yang umurnya baru setahun jagung, tetapi sudah kemaruk dengan seks. Ada pula yang langsung tidak tahu malu apabila adegan lucahnya dirakam. Kononya untuk simpanan peribadi, tetapi akhirnya ia dijadikan sebagai bahan lucah untuk disebarkan melalui internet. Ada rakaman video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang terbaring di tepi longkang berhampiran semak dikelilingi oleh empat orang lelaki meratahnya secara beramai-ramai. Perempuan tersebut bukan dipaksa tetapi merelakan diri malah suka diperlakukan sedemikian. Kesemua mereka ini ketika melakukan adegan-adegan tersebut lengkap berpakaian sekolah.Adakah remaja sekolah yang bangga dengan perbuatan terkutuk mereka ini sudah semakin hilang diri? Ya dan tidak. Tepuk dada tanyalah minda. “Saya belum pernah melihat klip video itu, tetapi saya ada terbacanya di majalah. Nasib baiklah saya tak tengok sebab ia boleh menyebabkan ketagihan dan merosakkan minda.” Pendapat pelajar IPT, Nor Azmi Jama Rusly, 22.
Budak sekolah makin kemaruk
Merokok- semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya rokok. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi, di mana-mana kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menanggap semua ini cool dan trendy dikalangan mereka.Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau pun luar biasa jika kita melihat pelajar perempuan, khusunya pelajar sekolah yang menggengam rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau mengeleng-gelengkan kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral perempuan yang merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mencegahnya. “Saya pernah melihat pelajar perempuan merokok dalam tandas dan ada di kalangan mereka yang membekalkan rokok kepada pelajar lelaki.” Ujar Izzati, pelajar tingakatan 5, SMK Pandan.
Tempah maut
Kuala Lumpur: Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur, remaja terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut mendapatkan ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan sehingga dikategorikan dadah stimulant (ATS).- keratan Harian Metro, Selasa, 4 september 2007.Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf otak yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya akan mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan berfikir dengan cepat selain sentiasa berasa gembira.Pil Norspan boleh dikategorikan ‘adik’ kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau syabu, kini dikesan kian popular di kalangan pelajar sekolah kerana mudah diperoleh di farmasi, klinik atau kedai sinse dengan hanya bermodalkan 50 sen. “ Saya pernah terbabit dalam pengambilan ganja dan ditahan dalam lokap selama 4 hari. Saya tekanan dengan sikap bapa saya yang tidak pedulikan keluarga kami sejak dia berkahwin lain.” Luah seorang pelajar bermasalah, Arief (bukan nama sebenar).
Punca permasalahan
Penyakit ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh banyak faktor, antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronok yang saban hari memaparkan tentang eksploitasi terhadap wanita dan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi.
Globalisasi
Globalisasi sebenarnya tidak bermaksud kebebasab yang tidak ada batasnya, tetapi bermaksud kebebasan setiap manusia untuk menunjukkan seluruh potensinya sehingga dapat membawanya perubahan yang beerti baik pada diri sendiri mahupun orang lain.Dalam era globalisasi ini banyak sekali berlaku pengeksploitasian terhadap segala sesuatu ilmu pengetahuan sampai hal-hal yang bersifat pornografi yang membahayakan mental generasi muda kita. Remaja mudah terpengaruh terhadap perkara baru dan trendy misalnya mewarna rambut, memakai anting-anting atau tattoo walaupun masih bersekolah bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas yang menjurus kepada free sex ( seks bebas) yang giat dilakukan oleh remaja.
Media massa
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya para pelajar bagi menambahkan maklumat dalam pelajaran mereka. Tetapi melalui teknologi yang semakin canggih ini, mereka terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangakan bahaya jika digunakan tanpa panduan golongan dewasa.
Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Papran adegan-adegan negative dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
Selain daripada video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak berwajib. Realitinya ia telah terjadi dengan penyebaran rakaman-rakaman lucah para pelajar di internet.Komen daripada guru, Syamin Zainal Abidin “ Pada saya isu gambar lucah yang tersebar di internet kini berpunca daripada penyalahgunaan teknologi. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di dalam negara yang masih berpegang teguh pada agama dan budaya timur, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.”
Penyelesaian
Gejala negatif sosial di klangan para pelajar perlu dielakkan sebelum mencapai tahap yang lebih serius dan sukar untuk diperbetulkan. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk anak masing-masing. Pemahaman agama dan budaya amatlah penting untuk diterapkan seadri kecil lagi islam mempunyai suatu system yang cukup lengkap, datangnya dari pencipta manusia sendiri iaitu Allah SWT yang sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Amalkan ajaran Islam sepenuhnya sebagai cara panduan bimbingan hidup.
Pokok pangkalnya ialah pada institusi kekeluargaan yang utuh. Walau bagaimana sibuk sekalipun, ibu bapa wajib memberikan perhatian kepada anak, meluangkan masa untuk bersama mereka dan memahami kehendak jiwa mereka. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik dengan mewujudkan hubunhgan rapat dan mesra antara ibu dan bapa, dan antara ibu bapa dengan anak. Berapa ramaikah remaja golongan pelajar yang datang dari keluarga bermasalah yang mampu bertatih menanggung onak duri dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya dari keluarga.Peranan institusi sekolah adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan di dalam membentuk mental dan rohani pelajar-pelajar. Malah atmosfera di dalam sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar di peringkat remaja ini. Kita perlukan suatu kaedah pencegahan untuk memastikan nilai-nilai negative ini dapat dibendung daripada terlepas dari kawalan kita. Sebagai contoh, penumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar standing dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka. Selain itu, mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhanya hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali dengan pelajar-pelajar keseluruhanya.“ Sebagai bakal guru, saya berjanji selagi termampu, saya pasti akan menjalankan tugas saya sebaik mungkin dengan bantuan ibu bapa dan masyarakat di luar sana” janji seorang bakal guru, Aliff Ma’arof Sanan.Masyarakat sekeliling juga bertanggungjawab dalam hal ini dengan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang kea rah kebaikan para pelajar. Contohnya, peniaga tidak menjual rokok kepada pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah. Keprihatinan masyarakat terhadap mereka amat penting dalam usaha memimpin mereka mengawal tindak tanduk yang lebih positif. Setiap ahli masyarakat yang melihat perlakuan negatif remaja sekolah perlu menegur dan menasihati mereka. Dengan kata lain, keprihatinan dan kawalan sosial yang semakin hilang dalam masyarakat, baik di kota mahupun di desa perlu dikembalikan, bahkan disuburkan kembali. Kerajaan juga telah melakukan bermacam-macam cara untuk menarik minat dan perhatian remaja sekolah dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti kempen Budi Bahasa budaya kita, Tak Nak kepada Rokok, Belia Benci dadah dan banyak lagi. Walaupun usaha dan susulan sedemikian yang giat dilaksanakan dengan bantuan badan-badan tertentu tidak begitu berjaya menarik minat mereka secara menyeluruh, namun strategi yang dilakukan oleh kerajaan haruslah disokong padu oleh masyarakat bagi menarik minat remaja sekolah yang bermasalah ini. “ Masalah sosial remaja sekolah ini tanggungjawab semua pihak, remaja pun tidak boleh disalahkan 100%.” Ulas Dr Sapora Sipon. Kita mesti sedar bahawa negara kita masih memerlukan ramai pemimpin masa hadapan bagi memacu negara Malaysia dalam mencapai matlamat negara maju dan Wawasan 2020. Untuk itu, penggemblengan usaha diperlukan dari setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mampu untuk membazirkan tenaga rakyat sendiri walaupun hanya satu, biarpun ianya seorang manusia yang bergelar pelajar bermasalah.
Kesimpulan
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda para pelajar sekarang adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita boleh menunding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “ Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.” Maka, adalah wajar bagi semua pihak untuk sentiasa menangani dan prihatin dengan permasalahan sosial di kalangan para pelajar.Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa haruslah lebih peka dan sentiasa mengambil berat yentang masalah yang dihadapi oleh anakya. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang akan dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa yang tercinta. Begitu juga dengan remaja di kalangan para pelajar sekolah, mereka seharusnya sentiasa peka dan terus berusaha untuk menjadi seseorang yang merdeka. “ Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok.”
###End


