unexplained











{April 20, 2012}   menulis semula

assalamualaikum…

apa kabar semua? hampir 4 tahun x pernah update blog ni.. blog ni wujud pn sbb tugasan yang diwajibkan..

rasa-rasanya ingin menulis semula blog ini..

tp terpulang dgn masa dan komitmen tugas.. setelah menjadi cikgu ni, bnyk masa tuk diri sendiri terpaksa di korbankan huhu…



{April 20, 2012}   assigment

<div style=”width:425px” id=”__ss_10197094″> <strong style=”display:block;margin:12px 0 4px”><a href=”http://www.slideshare.net/via_86/02-isuisu-kontemporari&#8221; title=”02 isu-isu kontemporari” target=”_blank”>02 isu-isu kontemporari</a></strong> <div style=”padding:5px 0 12px”> View more <a href=”http://www.slideshare.net/thecroaker/death-by-powerpoint&#8221; target=”_blank”>PowerPoint</a> from <a href=”http://www.slideshare.net/via_86&#8243; target=”_blank”>via_86</a> </div> </div>



{April 18, 2008}   moments!


{April 18, 2008}   sem 6 :)

kepada kawan-kawan seperjuangan ku,

tidak sangka cepat sungguh masa berlalu..

hari-hari ulang alik mendaki bukit dari FSU ke FKP,

hari-hari bangun pagi g kelas,

hari-hari balik lambat, sampaikan kita wat keje part time sebagai wartawan untuk menghasilkan USIM TODAY..

Sem ni kita jaulah ke Melaka dan Selangor serta lawatan integriti ke BPR..

Assingment kita pun banyak, campur subjek Arab+Jounalist= Tension huhuhuhuhuh

Sem ni macam-macam yg kita lakukan, dapat pengalaman baru dan melancong bersama..

Semua itu mematangkan kita dan akan menjadi memori hits satu hari untuk perbualan masa depan kita..

21hb ni PEPERIKSAAN Sem 5 akan bermula, semoga kita dapat menjawab soalan dengan baik dan akan mendapat keputusan cemerlang..

All the Best!!!!

 



{April 18, 2008}   Kejayaaan “The Bachelors”

Nilai- Kejayaan The Bachelors memenangi tempat ketiga Fiesta Muzika MAKUM 2008 pada 14 dan 15 Mac lalu di UNIMAP, Perlis merupakan sesuatu keputusan di luar jangkaaan. 

“Kami amat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga,” begitulah luahan gembira ketua band USIM, The Bachelors, Hafizullah Shamsuddin, 25.

Tambah beliau lagi walaupun masih baru dalam bidang ini, mereka telah mencuba sedaya upaya unyuk memberi saingan kepada band-band lain.

“The Bachelor bukanlah pasukan ramalan untuk masuk ke peringkat akhir namun keputusan ini memeranjatkan banyak pihak terutama band-band senior daripada IPTA yang lain.

Menurut Rohaya Malek, 22, beliau amat terharu dengan kemenangan yang tidak terduga ini. “Bukan senang untuk bermain dalam sebuah band. Keseragaman muzik amat dititikbertakan agar muzik yang dialunkan selari dengan tempo lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi.” 

“Setiap pemain alat muzik memainkan peranan penting walaupun hanya bermain rebana sahaja,” kata seorang ahli band, Khairul Hazwani Ahmad Tabrani, 22.

The Bachelor yang terdiri daripada 14 ahli mempertaruhkan alunan muzik traditional kontemporari untuk lagu Nazam Berkasih yang dinyanyikan oleh Norsiah, lagu irama padang pasir Ellayali oleh Zakiahtun Nafsiah dan juga alunan muzik instrumental lagu Mustika. 

Johan pertandingan disandang oleh Okestra daripada UTEM dan naib johan dimenangi oleh  Ensembel daripada USM.

Fiesta   Muzik MAKUM 2008 keseluruhanya mendapat penyertaan 18 buah IPTA tempatan. Ini mennujukkan  mahasiswa IPTA memberi komitmen menggalakkan dalam bidang seni muzik  yang bertemakan muzik menyemarakkan perpaduan bangsa.

 

 

 

 

 



{April 17, 2008}   Kisah dua pemimpin Malaysia

Apa masalah yang sebenarnya?

Antara Tun Mahathir dan Pak Lah

 

Apakah perkara dan isu yang menyebabkan Tun Mahathir mula mengkritik kerajaan pimpinan Pak Lah?

Apabila bekas PM mencampuri urusan Negara setelah bersara, tentu ia agak memeranjatkan. Padahal Tun sendiri sudah berjanji tidak mahu campur urusan kerajaan. Mesti ada sesuatu yang cukup besar menyebabkan dia sanggup melanggar janji.

Walaubagaimana pun perbuatan bekas PM menyuarakan rasa tidak puas hati bukan sesuatu yang baru, kerana sebelum ini YM Tunku Abdul Rahman juga pernah menyuarakan rasa tidak senang dengan Tun Mahathir di dalam beberapa bukunya dan kemudian menyertai parti Semangat 46 untuk sama-sama menentang Tun Mahathir.

Kini giliran Tun Mahathir pula membuat kritikan yang lebih tajam dan terbuka terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai.

Jika dikutip satu persatu dan di susun, jelaslah perkara-perkara yang Tun Mahathir tidak puas hati memang banyak, antaranya:

 

  1. Perlantikan beberapa muka baru menerajuo NST, Kalimullah Hassan dan Brendan Pereira dan mahukan pengaranag Melayu kembali menerajui akhbar itu.
  2. Penggabunagn ECM Libra dengan Avenue Asset, Kalimullah sebagai Pengerusi Eksekutif dan Khairy sebagai pengarah ECM Libra, sementara Avenue Asset Capital pula syariakt yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan.
  3. Pembatalan jambatan bengkok
  4. Penjualan Syarikat Agusta
  5. Pengagihan AP
  6. Pemecatan Tengku Mahalel dari Proton
  7. Tentang bagaimana pemberian kontark kepada Syarikat Scomi yang diterajui oleh anak Pak Lah
  8. Kes Rasuah: Tun ada menyebut terdapat satu kes rasuah yang beliau sudah minta pendakwaan dijalankan sebelum dia bersara dulu.
  9. Menantu yang mempengaruhi Pak Lah
  10. Ada syarikat yang nak jual pasir.
  11. Tun ada berkata Pak Lah ada mungkir janjinya kepada Tun
  12. Penangguhan landasan kereta berkembar.
  13. Tun Mahathir mendakwa Pak Lah terlibat dalam skandal.

 

Tun Mahathir tidak sokong Islam Hadhari

Dr Mahathir secara terbuka baliau tidak setuju denganya. Baginya ‘Islam Asas’ mengikut Al Quran dan Hadith sejak zaman Nabi Muhammad SAW adalah yang sempurna.

 

Setelah dikenal pasti sebanyak 13 perkara utama yang menjadi menu kecaman dan kritikan tun Mahathir, termasuk tidak menyokong Islam Hadhari, apakah sebenarnya ya g Tun mahu sekarang?

Tun kata dia mahu supaya dibetulakan benda yang tak betul…janganlah kata saya jangan kritik…pasal saya dah bekas…bulan lagi Perdana Menteri…senyap saja sudahlah.

 

Apakah krisis ini hanya satu perbezaan pendapat dengan Pak Lah?

 

Dr Mahathir: ini adalah soal isu…bukan soal saya pergi jumpa dia dan berjabat tangan dan semuanya selesai…ini soal isu…isu mesti diatasi…

 

(Sumber; Azizan Ahmad)

 

***Semoga kepimpinan Pak Lah sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang…

Selamat berjuang Pak Lah!!!

 

 

 

 



{April 17, 2008}   Kenapa Islam dihina?

Kira-kira 20 tahun yang lalu, umat Islam dikejutkan dengan tindakan penulis novel Salman Ruhsdie yang menghasilkan Satanic Verses. Ia dianggap penghinaan terhadap agama Islam kerana melibatkan Nabi Muhammad s.a.w.

Berikutan itu, umat Islam melancarkan protes dan pada tahun 1989, pemimpin Iran mengeluarkan fatwa menghalalkan Salman dibunuh. Peristiwa Satanic Verses tidak berakhir di situ saja.

Pada September 2004, akhbar utama Denmark, Jyllands Posten menyiarkan 12 karikatur menghina Rasulullah dan mengaitkan Islam dengan keganasan.

Walaupun perbuatan menghina Islam itu mendapat tentangan hebat daripada uamat Islam di seluruh dunia, pihak-[ihak yang berniat memburukkan agama itu tidak pernah menghentikan perbuatan mereka.

Terbaru, seorang ahli politik Belanda, Gerent Wilders menghasilkan filem pendek berjudul, Fitna. Filem ini mendapat tentangan keras daripada umat Islam dan ia dianggap haram ditonton oleh umat Islam.

 

Berterusan

Persoalanya, kenapakah dari semasa ke semasa penghinaan terhadap Islam berterusan? Apakah kerana 11 September? Atau pihak-pihak menganggap menghina agama lain adalah satu kebebasan atau bahan gurauan?

Hakikatnya, peristiwa melibatkan Salman Rushdie, Geert Wilders atau kebiadaban akhbar Jyllands Posten hanya sebahagaian daripada rentetan perbuatan menghina Islam oleh pihak-pihak tertentu di Eropah dan Barat.

Semua itu berlaku kerana mereka begitu yakin umat Islam yang berjumlah 103 billion dimuka bumi ini, hanya mampu berteriak dijalanan atau mengadakan demonstari di hadapan kedutaan, paling maksimum mengancam membunuh individu yang melakukan penghinaan itu.

Tetapi sehingga hari ini Salman Rushdie masih hidup, Geert Wilders masih bebas dan akhbar Jyllands Postern masih beroperasi seperti biasa. Bagi negara-negara terlibat, mereka tidak berhak menghalang penghinaan itu kerana ia dianggap kebebasan.

Justeru usaha umat Islam untuk melakukan protes, bantahan atau apa sahaja bagi meluahkan perasaan mereka hanyalah sekadar untuk melepaskan geram, tidak lebih dari itu.

Malahan pihak-pihak yang terlibat begitu yakin, umat Islam biarpun mempunyai jumlah yang begitu ramai atau kuasa yang begitu besar hanya dapat melahirkan suara bantahan sahaja.

Jumlah 1.3 billion umat Islam dan sebahagian besar negara anggota Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) adalah negara kaya tidak pernah menekutkan penghina-penghina Islam ini.

OIC dilihat lebih banyak memberikan amaran dan mengemukakan nota bantahan, untuk mengharapkan negara-negara Islam mencapai kata sepakat untuk memboikot negara yang terlibat sebagai pengajaran bagaikan siang hari yang mengasyikkan.

Apa yang lebih malang, di Malaysia sendiri berapa kali kesabaran umat Islam dicabar, sebagai contoh pada tahun 2001, majalah Time menyiarkan artikel dan karikatur Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail. Majalah Time tidak dikenakan tindakan kerana memohon maaf.

Walaupun dalam peristiwa karikatur Nabi Muhamad, sebuah akhbar di Sarawak dikenakan tindakan tegas, namun ia masih belum memuaskan hati umat Islam kerana ada pihak yang terlepas.

Begitu juga pada tahun 2005, apabila Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat laporan polis terhadap komik Funny Jokes dari India yang menghina agama Islam.

 

Sengaja

Penghinaan terhadap Islam terus berlaku dari semasa ke semasa samada secara sengaja atau tidak disengajakan. Dalam kes filem Fitna contohnya, Indonesia dilihat negara paling tegas bertindak apabila mengharamkan filem dan melarang Geert Wilders memasuki negara republik itu.

Tetapi semua itu tidak pernah memberi kesedaran kepada penghina Islam untuk menghentikan perbuatan biadap mereka. Dalam kes karikatur menghina Nabi Muhammad, bukan sahaja tiada tindakan tegas diambil ke atas pelukisnya Kurt Westergaard, malahan pelukis itu denagn lantang berkata,” dengan kartun ini, saya ingin menunjukkan bagaimana fanatiknya Islam fundemantel atau pengganas menggunakan agama sebagai senjata spritual,”

Kes-kes Satanic Verses, Fitna dan karikatur Kurt dianggap kes terbesar dalam perbuatan menghina Islam. Sebenarnya terdapat pelbagai kes lain sejak 1990, bagaimana Islam terus menjadi sasaran penghinaan tetapi tidak begitu mnedapat perhatian serius umat Islam di seluruh dunia.

Semua ini terjadi kerana dunia Barat semakin tenggelam dengan erti kebebasan. Bagi mereka kebebasan termasuklah juga mneyatakan apa sahaja biarpun ia menghina agama lain.

Oleh iru selagi umat Islam tidak mencapai kata sepakat di antara mereka dan tidak menggunakan kekuatan 1.3 billion jumlahnya selagi itu Islam akan terus diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan.

Kita tidak harus terkejut jika selepas ini akan berlaku lagi penghinaan terhadap Islam kerana setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang takut kepada negara dan umat Islam.

Sebagai contoh, ketika isu filem Fitna masih belum reda, tanah perkuburan Islam di Perancis dicemari dengan batu-bati nisan diconteng manakala kepala babi dicampak di situ.

Ia dengan jelas membuktikan, ancaman, bantahan dan kekecewaan umat Islam terhadap penghinaan Islam tidak pernah membimbangkan puak-puak bukan Islam.

Walaupun kita bukanlah menggalakkan keganasan namun umat Islamdi seluruh dunia hakikatnya mempunyai pendekatan yang boleh digunakan bagi memberi pengajaran kepada negara-negara yang membenarkan Islam dihina atas nama kebebasan.

Berikutan kekuatan yang ada dari segi jumlah dan berpuluh negara Islam yang kukuh ekonominya, umat Islamboleh melakukantindak balas dengan memboikot hubungan perdagangan denagn negara-negara yang terlibat.

Ramai yang yakin jika langkah itu berlaku sudah pasti mana-mana negara di dunia tidak akan membiarkan rakyatnya sewenang-wenangnya menghina Islam.

Tetapi malangnya dalam kes filem Fitna, walauoun ada gesaan supaya barangan Belanda diboikot namun ia tidak mendapat sambutan, kesudahanya, isu Fitna, diam begitu sahaja.

Oleh itu, selepas ini jika ada lagi peristiwa menghina Islam, kita akan menyaksikan lagi umat Islam turun ke jalanan kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan, tidak lebih dari itu.

Diharapkan umat Islam tidak goyah dengan hinaan sebegini, tetapi akan senantiasa megah berdiri untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun penentangan secara halus. Allah sentiasa berpihak pada golongan yang benar…

 

    

 



{April 17, 2008}   Laman blog tetap tidak bebas

Media alternative seperti laman blog tidak pernah diberi kebebasan mutlak di Negara ini, sebaliknya penulisanya tetap terikat dengan undang-undang yang ditetapkan. Mentei Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tidak ada pihak di Negara ini dibenarkan menulis apa sahaja walaupun hak menulis ada apa orang yang ingin menulis

. “Namun mereka (penulis blog) perlu fakir bahawa hak mempertahankan diri juga ada pada orang lain sekiranya menjadi mangsa cerca atau fitnah. Ini beerti, hak orang lain masih dilindungi,” ujarnya. Ahmad Shabery berkata, akhbar tempatan tetap dianggap lebih mematuhi undang-undang berbanding laman blog kerana editor akhbar didapati lebih takut terhadap tindakan undang-undang.

Sekarang orang menganggap apabila menulis di dalam Internet dan berselindung di sebalik nama samaran, mereka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Bagaimanapun, dengan teknologi yang ada termasuk forensic siber semuanya boleh dikesan. Media tempatan terutamanya media cetak hendaklah membina imej dan kreadibiliti masing-masing bagi mengembalikan keyakinan rakyat agar mereka tidak beralih arah kepada media alternative seperti laman blog. Sekarang masyarakat cenderung untuk lebih skeptical. Meragui dan membaca akhbar secara sinikal, akhbar siapa, siapa yang tulis, milik siapa dan siapa pengarangnya. Ini kerana orang sudah pandai bertanya berbanding dulu

. ***Moral : kepada kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog ini, diharapkan mematuhi undang-undang komunikasi. Jangan mengutuk atau mengkritik sesuka hati walaupun kita dikenali. Nanti buruk padahnya.



{March 17, 2008}   Tanjung Bidara

hai brads..

Hujung minggu lepas aku dengan kawan2 (FPBU tahun 3) pergi ke Tg Bidara, Melaka bagi Program Pengkayaan Bahasa Arab selama 3 hari. Ini salah satu dari tugasas luar iaitu sebanyak 20% bagi subjek Maharat Tarjamah, Bhs Arab Teknologi dan Kesihatan, Bhs Arab Profesional dan Kemahiran dan Balaghah.

Pengisian program adalah seperti permainan bahasa, debat, create majalah, muqobalah syakhsi (temeduga), tamsil (lakonan) dan ‘aktiviti’ bebas(hehehehe). 

Program ni dapat memberi pengetahuan yang banyak tentang istilah baru bahasa arab, pengalaman baru dan yang paling best kenangan mandi laut ramai2 hehehehehe.

Petang sabtu kami diberi peluang mandi laut hehehehe.Walaupun mandi laut ni pekara biasa aje, bukan pergi ke angkasa pun tapi kenangan mandi laut bersama kawan2. Itu yang lebih penting. 



{March 10, 2008}   Pilihanraya ke 12

Kita telah mengetahui keputusan rasmi pilihanraya ke-12. Parti pembangkang menang di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Keputusan di luar jangkaan Ahli Parlimen dan Adun. Saya pun terkejut juga..macam misi mustahil.tapi itulah realiti yang dikehendaki rakyat.

Mengikut analisis yang disiarkan di Buletin Utama semalam, terdapat 5 faktor penyebab kepada ‘kejutan’ ini, iaitu harga barang naik, harga minyak naik, kadar jenayah meningkat, rasuah dan perebutan jawatan kuasa. 

Selain itu, kerajaan terlalu memberi tumpuan terhadap Kelantan yang sebelum ini telah diperintah oleh PAS dan kurang memberi ‘perhatian’ di negeri lain. Akhirnya, BN tidak mendapat tempat di 4 negeri lain. Banyak hikmah dan pengajaran ke atas kita yang akan diperintah oleh kerajaan campuran. 

Banyak insiden yang berlaku sebelum pilihanraya kali ini. Paling ketara sekali di Marang, Terengganu. Berlaku rusuhan, bas dibaling batu dan kad pengenalan diambil. Kenapa ini terjadi di negara Islam yang aman di Malaysia ini? Mungkin saya adalah salah seorang rakyat yang tak puas hati dengan tindakan penyokong PAS ini. Saya pun melepaskan geram pada kawan saya. Dalam fikiran saya mereka juga sependapat dengan saya, tapi sangkaan meleset. “Ryn, kita tak boleh percaya dengan apa yang disiarkan oleh media.” Saya tersenyap dan mesti ada cerita ‘panas’ disebalik apa yang disiarkan di tv. Kawan saya yang menetap di Marang punya cerita tentang insiden itu. Tapi saya tak sempat nak mengetahuinya memandangkan hari ni kelas penuh lagipun dia letih.

Apapun yang terjadi dan siapa pun yang ‘bersalah’ bagi saya rusuhan tak patut berlaku di negara kita. Setiap masalah yang terjadi ada penyelesaian dan Islam juga tidak menggalakkan rusuhan sebegini. Emmm tapi saya tidak berada di tempat kejadian dan tidak tahu ‘cerita’ sebenar. Bila marah apapun boleh terjadi di luar kewarasan akal kita.

Semoga kerajaan campuran yang dicipta oleh rakyat Malaysia akan menerajui negara dengan aman damai permai dan kurangkan ‘5 faktor’ terbesar itu..heheheheheeh…

BN+PAS+DAP+PKR= Malaysia Maju (InsyaAllah) 



et cetera